CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

iNFORMASI

Orang tanya kenapa harga kami murah??????


jawapan nyer: sebab kami jual secara online, jadi x perlu kire kos sewa kedai...kos pekerja..sebab tu harga kami murah...bkn sebab kualiti x bagus...klu ad kecacatan pada shawl kami, kami akan nyatakan dalam info tudung tersebut....so, jgn risau ..
sedikit petua untuk pembeli online yg baru...klu anda nk jimat, beli lebih byk supaya boleh jimatkan kos penghantaran....contoh:kos penghantaran utk 1 item=kos penghantaran untuk 3 items, jg beli 3 items adalh tindaan org yg lebih bijak....renung2kan dan selamat mencuba!!!!




SEDIKIT INFO

  • Tudung Bercorak
 Jika kamu amat suka memakai tudung yang bercorak, pastikan kamu memilih corak yang ceria walaupun baju kamu hanyalah kain kosong. Selain itu, pilihlah susunan corak yang tidak terlalu banyak di sekeliling wajah kerana ia kelihatan 'berat' sekaligus akan mengurngkan kemanisan pada penampilan kamu.

  • Tudung Jemeki
Tudung ini amat sesuai digayakan apabila kamu menghadiri majlis rasmi mahu pun tidak rasmi seperti majlis makan malam, majlis perkahwinan dan hari terbuka. Kain polos yang bercorak kerawang atau pun jemeki ini akan mengindahkan lagi penampilan kamu di majlis tersebut.

  • Warna Tanah
Pemilihan tudung yag paling tepat ialah dengan memilih warna tanah pada baju. Jika warna baju cerah, kamu amat sesuai memilih tudung yang berwarna lembut daripada warna tanah yang sama pada baju dan sebaliknya

  • Anak Tudung
Bagi anda yang tidak gemar memakai anak tudung maka tudung daripada fabrik yang tidak licin amat bersesuaian dengan kamu kerana kedudukannya akan tetap. Manakala bagi anda yang suka memakai aak tudung, pastikan anak tudung anda berada di dalam tudung dan tidak menampakannya kerana kamu akan kelihatan lebih muda dengan penampilan begitu.

SHAWLALICIOUS
-sumber majalah DARA-

----------------------------------------------------------------------------------------------

SAYANGI TUDUNG ANDA
  1. Pastikan tudung tidak diramas ketika dicuci, cukuplah sekadar mencelup dan mengangkat beberapa kali agar ia tidak rosak.
  2. Jangan sesekali mencampurkan tudung dengan pakaian lain ketika membasuh kerana ditakuti warna luntur pada baju akan melekat pada tudung.
  3. Jangan menjemur tudung di kawasan yang terlalu panas, cukuplah hanya menganginkannya di tempat yang teduh.
  4. Sebagai langkah penjagaan, seeloknya kamu menggunakan bahan pencui bersifat lembut untuk cucian kali kedua da seterusnya.
Selamat Berkongsi Maklumat!!!

SHAWLALICIOUS



----------------------------------------------------------------------------------------------



Penggunaan Sanggul Kepala




"Trend" yang digelar sebagai "sanggul arab' dianggap terkini oleh sebahagian wanita masa sekarang, sama ada yang bertudung atau tidak. Namun fesyen ini telah pun diramalkan oleh Rasulullah SAW 1400 tahun yang lalu. Ia baginda umpamakan sebagai bonggol unta. Hanya bonggol unta menonjol lurus ke atas manakala sanggul Arab menonjol ke atas sambil condong ke belakang.

Ada yang begitu taksub dengan fesyen sanggul Arab ini sehingga sanggup memakai rambut palsu yang diikat sebagai sanggul atau membeli terus sanggul palsu. Ada juga pekedai yang menjual tudung Arab lengkap dengan sanggul Arab tiruan di dalamnya. Semua ini menambah kesalahan, menambah dosa. ini disebabkan mereka melakukan dua kesalahan, pertama ialah berfesyen sanggul Arab sementara yang kedua ialah memakai sanggul palsu.

Sanggul palsu termasuk dalam kategori rambut palsu yang diperingatkan oleh Rasulullah:"Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dengan rambut lain dan wanita yang meminta rambutnya disambungkan"[Shahih al-Bukhari, no:5934] Maksud menyambung rambut ialah mengenakan rambut palsu, tanpa dibezakan sama ada ia daripada rambut manusia, haiwan atau buatan manusia.

Penting untuk dibezakan bahawa hadis di atas bukan bermaksud mengharamkan sanggul. Waita yang berambut panjang boleh bersanggul, dengan syarat sanggul itu diikat di belakang dengan menyondong ke bawah. Apa yang diharamkan ialah sanggul yang diikat di belakang dengan menyondol ke atas seperti bonggol unta. Oleh itu, sama ada bertudung atau tidak, hendaklah dijauhi fesyen sanggul Arab.

Setelah menerangkan ciri-ciri kedua-dua golongan tersebut, Rasulullah SAW menambah bahawa mereka bukan sahaja akan menjadi penghuni neraka tetapi akan dijauhkan dari syurga sejauh-jauhnya. Mereka bukan sahaja tidak melintasi di tepi syurga, tidak melihat syurga, bahkan tidak dapat menghidu keharuman syurga padahal keharuman itu dapat dihidu dari jarak yang jauh. Ini menunjukkan kedua-dua golongan di atas berada benar-benar jauh dari syurga Allah. Semoga ini menjadi peringatan yang melekat dalam diri kita, dalam tanggungjawab harian kita dan dalam fesyen harian kita.

SHAWLALICIOUS


                                                                                                                                                               



TIPS PENGGUNAAN AKSESORI & PERHIASAN SAIZ DAN REKABENTUK

  1. Saiz dan rekabentuk aksesori yang hendak digunakan hendaklah sesuai dengan saiz dan bentuk badan si pemakai.
  2. Untuk wanita, penggunaan batu gerek, manic, mutiara atau manikam, perlulah menggunakan jumlah batu yang minima jumlahnya kerana kita mempunyai perhiasan barangan kemas yang digayakan bersama. Kita tidak mahu satu penampilan imej yang sarat dengan barang kemas dan aksesori yang keterlaluan.
  3. Wanita yang bermini telekung bolehlah mengayakan aksesori dengan susunan menegak, menggunakan saiz yang tidak melebihi saiz duit 20sen.
  4. Bagi wanita yang menggunakan mini telekung, boleh mengayakan aksesori yang sederhana besar  tetapi terhad kepada sebentuk sahaja diletakkan dibahagian tengah dada.
  5. Petua aksesori agar tersemat cantik ialah pin aksesori disematkan pada tudung dan dikaitkan pada baju supaya aksesori tidak terbuai atau londeh.
  6. Kedudukan aksesori di bawah dagu, perlulah dihadkan kepada saiz yang tidak melebihi saiz duit 20sen. Manakala di bahagian dada atau bahu, saiznya pula tidak melebihi susunan empat jari anda. Untuk wanita bertubuh kecil, perlu berhati-hati dengan saiz ok.. 
INFO DIAMBIL DARI NOTES DI FACEBOOK....SEKADAR BERKONGSI!!!

SHAWLALICIOUS